Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.par] | لاڤر

Definisi : berasa hendak makan (kerana perut kosong): biar Si Ali makan dgn emaknya, kita tidak ~ lagi; ~ dahaga perut kosong dan haus; ~ mata Kl hendak memiliki (mempunyai dll) dgn berlebih-lebihan; ~ pedal Kl lapar perut; orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air prb memperoleh sesuatu yg diingini; berlapar menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya; melaparkan sengaja menjadikan lapar, mem­biarkan perut kosong: binatang itu telah dilaparkan beberapa hari; kelaparan 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak­-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.par] | لاڤر

Definisi : berasa hendak makan kerana perut kosong: Saya ~ kerana belum makan apa-apa sejak pagi tadi. berlapar menanggung lapar; berasa lapar: Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. melaparkan menjadikan lapar; membiarkan perut kosong dgn tidak makan. kelaparan 1 perihal atau keadaan lapar; rasa lapar: Mereka mengalas perut utk mengelakkan ~. 2 menanggung atau menderita lapar; dlm keadaan lapar: Anak-anak yg ~ itu diberi makanan. Banyak antara mereka yg mati ~. 3 kekurangan, ketiadaan atau kehabisan makanan: Kerajaan kita berusaha utk menjauhkan bencana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapar (adjektif)
Bersinonim dengan kebulur, kemaruk;,
Kata Terbitan : berlapar, melaparkan, kelaparan,

Puisi
 

Mudik beralun kelong ditahan,
     Bemban hanyut dengan uratnya;
Perut lapar lalu kutahan,
     Hati rindu tiada ubatnya.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Perut kenyang lapar tak hilang,
     minum sejuk haus tak lepas.

Bermaksud :

Hidup dalam kemiskinan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga pergi bermain, Perutlah lapar tunggu di titi; Kalaulah abang cari yang lain, Mohon adik mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaMudik beralun kelong ditahan, Bemban hanyut dengan uratnya; Perut lapar lalu kutahan, Hati rindu tiada ubatnya.
Kurik Kundi Merah SagaHilir mudik batang berdahan, Batang mengkudu pecah uratnya; Haus lapar dapat kutahan, Hati rindu apa ubatnya?
Kurik Kundi Merah SagaTuan di rumah masak pegaga, Biarlah saya mencari cendawan; Biarlah saya lapar dan dahaga, Asalkan dapat bersama tuan.
Kurik Kundi Merah SagaSudah ada kereta api, Pergi ke Kapar membeli benang; Sudah dapat pembuka hati, Perut yang lapar menjadi kenyang.
Kurik Kundi Merah SagaSudah ada kereta api, Pergi ke Kapar membeli benang; Sudah dapat pembuka hati, Perut yang lapar menjadi kenyang.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk kangkung di Pasir Pauh, Banyak buih di Pulau Pinang; Lenggok lenggang dari jauh, Perutku lapar menjadi kenyang.

Kembali ke atas