Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laun] | لاءون

Definisi : lambat, lamban, lengah, perlahan; ~-~ hari beberapa hari yg lalu, beberapa lamanya; berlaun membuat sesuatu dgn lambat (lengah, perlahan-lahan): kerja jangan ~ leka; melaun-laun melengah-lengahkan, melambat­-lambatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[laun] | لاءون

Definisi : lambat; lengah; perlahan-lahan: lambat ~ lama-kelamaan. berlaun mengerjakan sesuatu dgn lambat. melaun-laun melambat-lambatkan; melengah-lengahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laun
Rujuk :lambat

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sepantun elang dengan ayam,
     lambat-laun disambar juga.

Bermaksud :

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.

 

Lihat selanjutnya...(17)

191

There are plenty of other fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Kalau bunga tidak sekuntum

"Don't be sad. There are plenty of other fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, kalau bunga tidak sekuntum. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaElang elok kaki pelanduk, Hilang lalu dipatah dua; Janganlah pandai menganuk, Lambat laun terdengar jua.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Kurik Kundi Merah SagaHelang-helang kaki pelanduk, Gulai daun dipatah dua; Kamek sehelang dengan juak manuk, Lama laun sudinya juga.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua.
Kurik Kundi Merah SagaOndang-ondang terbang ke hulu, Terbang mencari taruk muda; Hati dendam diam dahulu, Lambat laun berbalik juga.

Kembali ke atas