Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[laut] | لاءوت

Definisi : 1 kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2 kumpulan sesuatu benda yg banyak: ~ madu. 3 bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut: iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Adik mandi ke laut jangan,
     Kuala di laut sangat deras;
Adik menyanyi ingat jangan,
     Kalau diingat sangatnya belas.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(56)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada.
Kurik Kundi Merah SagaAdik mandi ke laut jangan, Kuala di laut sangat deras; Adik menyanyi ingat jangan, Kalau diingat sangatnya belas.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan jatuh ke laut, Jatuh ke laut dengan alasnya; Amboi berat budi disambut, Sambut dengan tiada balasnya.
Kurik Kundi Merah SagaSama-sama mandi ke laut, Mandi ke laut bergoyang pasu; Alang-alang mati berebut, Sama-sama berundur nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merah terbang ke laut, Sampai ke laut mengangkut sarang; Air bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.
Kurik Kundi Merah SagaTuan mandi jangan ke laut, Asal ke laut airnya dalam; Tuan menyanyi jangan merungut, Asal merungut bertambah dendam.
Kurik Kundi Merah SagaOnang-onang terbang ke laut, Mari ke laut si putih dada; Tunang orang saya tak takut, Kalau hendak boleh juga.
Kurik Kundi Merah SagaKokok ayam sahut-menyahut, Kokok mari di malam hari; Anak laut pulang ke laut, Tempat bermain setiap hari.
Kurik Kundi Merah SagaLaut darat dijilat api, Ikan mati keramat tak jadi; Tergulung langit menimpa bumi, Barulah saya mungkirkan janji.
Kurik Kundi Merah SagaSayang ke laut memedil burung, Madu kelapa di dalam puan; Tujuh laut sembilan gunung, Saya tak lupa denganmu tuan.
12345678910...

Kembali ke atas