Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Berapa dalam laut Inggeris,
     Dalam lagi laut Belanda;
Berapa tajam hujung keris,
     Tidak takut menahan dada.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Berapalah besar dan dalam laut Kalzum,
     besar dan dalam lagilah dada manusia.

Bermaksud :

Hati manusia tak dapat diduga.

 

Lihat selanjutnya...(10)

271

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Di laut angkatan, di darat kerapatan

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - di laut angkatan, di darat kerapatan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAda seorang nama Cik Daud, Tanam bunga di tepi kolam; Musim ini musim ribut, Bolehkah karam di laut dalam?
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada.
Kurik Kundi Merah SagaAbang Daud menyepak raga, Raga disepak dalam mahligai; Dalam laut boleh diduga, Dalam hati tidak ku pandai.
Kurik Kundi Merah SagaSangat dalam laut Inggeris, Biar aku menebar jala; Berapa tajam hujung keris, Kerana cinta kutahan dada.
Kurik Kundi Merah SagaTuan mandi jangan ke laut, Asal ke laut airnya dalam; Tuan menyanyi jangan merungut, Asal merungut bertambah dendam.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja menjadi duyung, Menjadi duyung di dalam laut; Sangat sengsara hendak bergantung, Rasa bergantung di hujung rambut.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada.
Kurik Kundi Merah SagaAdik mandi ke laut jangan, Kuala di laut sangat deras; Adik menyanyi ingat jangan, Kalau diingat sangatnya belas.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan jatuh ke laut, Jatuh ke laut dengan alasnya; Amboi berat budi disambut, Sambut dengan tiada balasnya.
Kurik Kundi Merah SagaSama-sama mandi ke laut, Mandi ke laut bergoyang pasu; Alang-alang mati berebut, Sama-sama berundur nafsu.
12345678910...

Kembali ke atas