Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga layar berpupu, Cari layar rata negeri; Dua tiga bulan tidak bertemu, Minum air terasa duri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layar bertangkup Malimku tidur, Dibanguni oleh Tengali; Gelak rasaku akan mengundur, Air mata terasa kumandi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gilo-gilo layar ke Jintan, Jintan menuju pulau di laut; Puan yang elok bergigi hitam, Halus pinggangnya bagaikan diraut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Datuk Naning raja Melayu, Layar perahu patah kemudinya; Dahan berganding di pohon kayu, Saya tahu di mana condongnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ini lagu serampang laut, Pulau Tamu jauh sepadan; Layar berkembang kemudi dipaut, Tidak laju celaka badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berteriak burung di rimba, Parak bertagur di hujung kayuan; Anjang perak layar kesumba, Seperti pungguk merindu bulan. |