| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pisang rendah masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pisang muda masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah saya meninjau, Nanti lalu tidak lalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Siandah daunnya hijau, Kuintai layu tak mahu layu; Tinggi rendah mata meninjau, Kuintai lalu tak mahu lalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Siandah daunnya hijau, Kuintai layu tak mahu layu; Tinggi rendah mata meninjau, Kuintai lalu tak mahu lalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Melayu belayar pagi, Nampak angin menentang pelangi; Bunga layu jangan dikeji, Sungguh layu baunya wangi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk putat layu, Pucuk pauh kembang; Duduk dekat malu, Duduk jauh bimbang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Daun baru layu digenggam, Si baju kuning makan sedikit; Ini baru nasi jerang, Makan sedikit terasa pahit. |