Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebih-lebih;

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)

30

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa benda tepi pagar, Ular hitam nampak melingkar; Garang-garang rimau akar, Lebih-lebih pun baru dia cakar.
Kurik Kundi Merah SagaApa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.
Kurik Kundi Merah SagaPanjang-panjang ruasnya bangsi, Lebih panjang ruasnya banta; Kenyang-kenyang memakan nasi, Lebih kenyang bermain mata.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa tinggi pucuk pisang? Lebih tinggi asap api; Berapa tinggi Gunung Ledang? Lebih tinggi harapan hati.
Kurik Kundi Merah SagaLekuk lebih Kuala Pahang, Hutan batu disimpul pulih; Sakitnya tekak dikoyak rahang, Mana satu tidak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata.
Kurik Kundi Merah SagaKalau mencari buah asam, Biar lebih kurang jangan; Alang-alang menjolok pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung.
Kurik Kundi Merah SagaSudah lama tidak ke ladang, Lebih padi dari kangkung; Sudah lama tidak terpandang, Hati beramuk dengan jantung.
Kurik Kundi Merah SagaSudah lama tidak ke ladang, Lebih padi dari kangkung; Sudah lama tidak terpandang, Hati beramuk dengan jantung.
1234

Kembali ke atas