Kurik Kundi Merah Saga | Ledang-ledang buah keledang, Jatuh sebiji di rumpun buluh; Tuan membarat di pohon rendang, Hujan dan panas tumpang berteduh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Ledang nampak berbalam, Tempat berkelah anak Belanda; Kalau diperiksa hati di dalam, Tentu terkilas apa yang ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rasa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi asapnya api; Berapa tinggi mata memandang, Tinggi lagi harapnya hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi asap api; Sungguh tinggi mata memandang, Tinggi lagi harapan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi asap api; Sungguh tinggi mata memandang, Tinggi lagi harapan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api di Gunung Ledang, Abu-abunya kutampi jua; Niat hati dari bujang, Balu-balunya kuambil jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Riang-riang di Gunung Ledang, Hendaklah makan si umbut padi; Sialah-sia mata memandang, Belum dapat main tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Esah di pintu maling, Buah padi ke Paya Ledang; Cabut galah perahu berpaling, Buah hati tinggal seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cukup wangi bunga kesidang, Makin pagi makin berbau; Berapa tinggi Gunung Ledang, Sudah daki baru tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa tinggi pucuk pisang? Lebih tinggi asap api; Berapa tinggi Gunung Ledang? Lebih tinggi harapan hati. |