Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ma/] | لمق

Definisi : 1. sj zat minyak pd binatang (melekat pd daging), gemuk binatang: di bawah kulitnya terletak selapis ~ yg memanaskan badannya; ~ kambing; 2. = berlemak mengandungi lemak atau minyak: ikan dimasak ~; gulai ~; kerbau mandul banyak ~; 3. Mn sedap atau enak (rasa, pendengaran, dll): ~ lauk dikunyah-kunyah, ~ kata disebut-sebut; ~ santan, manis gula tidak sedar racun bermain; ~ ketam warna kejingga-jinggaan; ~ tulang sumsum dlm tulang; ~ penyelar daging prb memboroskan harta benda tuannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : sj ikan darat, kap, Labeobarbus ocellatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : ; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok), ekor kucing, meroyan kerbau, sembung merah, Didymocarpus crinitia; b) sj tumbuhan (pokok renek), gegunjah putih, Cyrtandra pilosa; ~ beruk sj tumbuhan (pokok renek), melukut, Uorphyllum glabrum; ~ itik sj tumbuhan (pokok), bolian, membaju, melima, Tarrietia simplicifolia; ~ kepiting (ketam) sj tumbuhan (rumpai), pulut-pulut, Melochia corchorifolia; ~ pahit sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mambu, jemerah, mambu jantan, merambu, sekebah, Milettia sericea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : 1 zat minyak berwarna keputih-putihan yg melekat pd daging haiwan. 2 terdapat lemak 1 atau terdapat minyak di dlmnya: nasi ~; ikan masak ~. 3 sedap atau enak (dirasa atau didengar). ~ ketam warna kuning kemerah-merahan. ~ tulang sumsum dlm tulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemak

Puisi
 

Lemak manis santan kelapa,
     Buah berangan dalam padi;
Hitam manis anak siapa,
     Rasa berkenan dalam hati.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Lemak manis pada dialah,
     pahit maung pada orang.

Bermaksud :

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNasi lemak bergulai udang, Lemak berbau belum dirasa; Remuklah hati berputih tulang, Tidak direla berputih mata.
Kurik Kundi Merah SagaLemak manis santan kelapa, Buah berangan dalam padi; Hitam manis anak siapa, Rasa berkenan dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaLemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur.
Kurik Kundi Merah SagaLembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada.
Kurik Kundi Merah SagaNasi lemak gulai udang, Tiga dengan gulai pari; Bajunya kot songketnya gadang, Hilang di mata mana nak cari.
Kurik Kundi Merah SagaGulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada.
Kurik Kundi Merah SagaNasi lemak buah bidara, Mari makan di pagi hari; Buang emak buang saudara, Tidaklah menyesal kemudian hari.
Kurik Kundi Merah SagaNasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah lemak buah bidara, Daun selasih kulurut juga; Buang emak buang saudara, Hati kasih kuturut juga.
Kurik Kundi Merah SagaIkan puyu lemak, Masak kuah lada; Intan rangkul emak, Buah hati emak juga.
1234

Kembali ke atas