Kurik Kundi Merah Saga | Tanah Seleboh tanahnya lembah, Pucuk keduduk bercabang dua; Sungguh lembah tempatnya singgah, Menumpang duduk setahun dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi pulut tanahnya lembah, Sarang penyengat perdu mengkuang; Jikalau ikut sampai ke rumah, Takut ditengok olehlah orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ular pucuk jatuh ke lembah, Ular lidi jatuh berdebab; Surat sepucuk datang menyembah, Kalau sudi segelah jawab. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut tanam di lembah, Gugur buahnya dimakan ular; Belum pernah saya beroleh, Baru ini iman tergugur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Beringin Simpang Renggam, Padi pulut tanahnya lembah; Abang ini sirih digenggam, Mari ikut sampai ke rumah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera. |