Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan penyapu tangan, Jatuh di tangan menyapu bunga; Lepas tangan dikata jangan, Lepas di tangan orang yang punya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain lepas putus benang, Kain datang Benua Keling; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lepas kuda jalan ke barat, Ambik kain buat panji; Lepas muda jangan diharap, Ambik hak lain buat ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapas-kapas bertali benang, Lepas benang bertali kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Macam mana mengail udang, Lepas dienjut diseret pula; Macam mana bermain bujang, Lepas tersenyum tertawa pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung enggang burung kelengking, Tarik lepas bawah jerami; Kalau berderai air di tebing, Barulah lepas malunya kami. |