| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah labu si buah labu, Banyak tumbuh di dalambatang; Mulut manis seperti madu, Tidaklah tahu lidah bercabang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Belum dimakan jangan dijamah, Di atas meja hidangan juadah; Beralih kain di balik rumah, Beralih cakap di balik lidah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | asdf asdf asd afasdf asf |
| Kurik Kundi Merah Saga | Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat; |
| Kurik Kundi Merah Saga | Abang Abu duduk bermenung, Mari berjalan Kampung Tembirat; Hendak mengikat ekor burung, Ambillah tali pakai pengikat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Terbang ayam di tengah laman, Kuis-kuis mencari makan; Sudah biasa dacing di tangan, Rugi di kampung untung di pekan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula. |