Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, kerakap rimau, senduduk hutan (gajah), Allomorphia malaccensis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj herba yg daunnya dpt dibuat ubat, Aloe vera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lidah (kata nama)

Puisi
 

Menangkap buaya orang Jambi,
     Buaya ditangkap di pintu kuala;
Sudahlah kaya pandai berbudi,
     Bagailah mana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(41)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuaya putih buaya keramat, Mari tentang lubuk batu; Abang putih melawa sangat, Saya tidak memberi malu.
Kurik Kundi Merah SagaMenangkap buaya orang Jambi, Buaya ditangkap di pintu kuala; Sudahlah kaya pandai berbudi, Bagailah mana hati tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaAnak buaya naik mencuri, Singgah mari di Pasir Panjang; Hutang budi sukar dicari, Kalau dapat kasih berpanjangan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak buaya pergi bertenung, Singgah ke lubuk memakan bangkai; Hendak hati memeluk gunung, Gunung dipeluk tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak buaya hilir mudik, Karam pipit bawah jerami; Dari paya Bukit Kelik, Baru lepas malu kami.
Kurik Kundi Merah SagaLubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana saya nak mandi, Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji, Janji yang besar belum ditunai.
Kurik Kundi Merah SagaKalau perahu puan tenggelam, Anak buaya pandai berenang; Kalau dah tahu cara Islam, Bolehlah abang tolong ajarkan.
Kurik Kundi Merah SagaPutih rupanya bunga kecubung, Anak buaya mati di pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAsap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
12345

Kembali ke atas