Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lipat-lipat

Puisi
 

Lipat kain lipat empat,
     Lipat balik punca sedia;
Cari lain haram tak dapat,
     Balik juga orang tak setia.


Lihat selanjutnya...(30)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLipat-lipat ulam pegaga, Pucuk ara simpul pulih; Lebih mimpat mana ke ada, Sementara tentu boleh.
Kurik Kundi Merah SagaLipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia.
Kurik Kundi Merah SagaLipat kain lipat baju, Cik Esah mengetam padi; Hutang malu bayar malu, Jangan susah dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaLipat kain lipat baju, Taruh mari di atas puan; Sekira air menjadi batu, Baru saya lupakan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaKain empat lipat empat, Lipat mari di atas geta; Cari hak lain payah nak dapat, Baiklah balik janda sedia.
Kurik Kundi Merah SagaLaju-laju perahu laju, Laju mari sampai Kelebang; Lipat kain lipat baju, Saya mahu ikut abang.
Kurik Kundi Merah SagaKain lipat di dalam bilik, Lipat jangan segi pun jangan; Kalau lepas sayalah balik, Umpat jangan caci pun jangan.
Kurik Kundi Merah SagaLipat kain kemas-kemas, Koyak cukin di hujung paku; Kalau kaya berlaksa emas, Kerana miskin tidak laku.
Kurik Kundi Merah SagaLipat baju lipatnya kain, Bawa belayar tanah seberang; Hati tiada pada yang lain, Hati ingat tuan seorang.
Kurik Kundi Merah SagaLipat kain lipatlah baju, Mari letak atas peti; Lupakan kain lupa baju, Simpan aku dalam hati.
123

Kembali ke atas