Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Suk) acara meloncat melampaui suatu rin­tangan yg dapat ditinggikan atau direndah­kan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (dlm olahraga) gerakan meloncat utk melampaui paras yg dpt diubah-ubah tingginya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sambil lompat berlari-lari,
     Lompat mari ke dalam kolam;
Tuan cabut cincin di jari,
     Tidakkah turun di hati muram.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIkan puyu melompat-lompat, Lompat mari sawah padi; Macam mana muka tak pucat, Baru demam pagi tadi.
Kurik Kundi Merah SagaSambil lompat berlari-lari, Lompat mari ke dalam kolam; Tuan cabut cincin di jari, Tidakkah turun di hati muram.
Kurik Kundi Merah SagaSelat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaSelat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat lipat empat, Mari letak atas peti; Mana saya tidak lompat, Minta kena pada hati.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat lipat empat, Mari letak atas peti; Mana saya tidak lompat, Minta kena pada hati.
12

Kembali ke atas