Kurik Kundi Merah Saga | Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak tanam lengkuas, Tanam mari tepi kota; Sudah jumpa tempat yang luas, Cukup sedap main senjata. |
Kurik Kundi Merah Saga | asdf asdf asd afasdf asf |
Kurik Kundi Merah Saga | Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat; |
Kurik Kundi Merah Saga | Wayang balik pintu, Kain balik dinding; Pinang anak datu, Jatuh pelepah belimbing. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk putat layu, Pucuk pauh kembang; Duduk dekat malu, Duduk jauh bimbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga sena datuk, Kembang tajul Malai; Selawat pinang datuk, Masuk jenung balai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buai laju-laju, Sampai pucuk sena; Apa dalam baju, Sekuntum bunga sena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam bulu balik, Telur atas para; Abang baru balik, Tidak bawa apa. |