Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka

Puisi
 

Kati-kati dalam perahu,
     Anak punai merah matanya;
Luka hati siapakan tahu,
     Luka tangan tampak darahnya.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(25)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan punca merah, Mari sarung cincin suasa; Luka tangan tampak berdarah, Luka hati menahan rasa.
Kurik Kundi Merah SagaKati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan punca empat, Dimakan api bucu yang satu; Luka tangan boleh diubat, Luka hati hancur lalu.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan pelikat hijau, Jatuh ke kaki berela-ela; Luka tangan sebab pisau, Luka hati kerana kata.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke dusun berhari-harian, Tanah baru hendak dibuka; Macam timun dengan durian, Menggelek luka digelek pun luka.
Kurik Kundi Merah SagaLuka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan bersiring hijau, Oleh membeli kedai Yahudi; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan warna merah, Mari dibungkus dengan bunga; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati badan merana.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan punca melikat, Pakaian anak raja Jeddah; Luka di tangan boleh diubat, Luka di hati adakah sudah.
123

Kembali ke atas