Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Paya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuda bergenta tidak, Sempuyuh di dalam padi; Bersua adik bersapa tidak, Hancur luluh di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya lapan, Mati seekor tinggalnya tujuh; Di dalam kubur berdinding papan, Hancur luluh seluruh tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang bertali benang, Benang tersangkut di dalam jati; Jangan diingat jangan dikenang, Hancur luluh di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buluh perindu di atas gunung, Habis luruh buah padiku; Rindu hamba tidak tertanggung, Hancur luluh rasa hatiku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik pandai berenang, Singgah makan daun buluh; Budi baik jangan dikenang, Kalau dikenang hati luluh. |