Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.ba.lum.ba] | ٢ لومبا

Definisi : sj mamalia laut drpd famili Delphinidae yg mempunyai muncung seakan-akan paruh, Delphinus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lumba-lumba

Puisi
 

Lumba-lumba bermain gelombang,
     Cuaca redup tengah hari;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLumba-lumba main gelombang, Riak sampai Kuala Linggi; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri.
Kurik Kundi Merah SagaLumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri.
Kurik Kundi Merah SagaLumba-lumba mudik sekawan, Naik gunung mana arah; Hendak perhamba padamu tuan, Tinggallah gunung tinggallah arah.
Kurik Kundi Merah SagaAnak haruan mudik berenam, Lumba-lumba menyusul tebing; Sama mencecah si hati kuman, Susah senang sama membimbing.
Kurik Kundi Merah SagaPasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat mudik ke hulu, Lumba-lumba mudik berkawan; Saya berhajat dari dahulu, Hendak berlumba denganmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pulut lautan tanjung, Dapat satu si lumba-lumba; Muatan penuh sarat berdayung, Layar ditarik angin tak tiba.
Kurik Kundi Merah SagaIkan lumba timbul tenggelam, Timbul tenggelam di Tanjung Jati; Tidak kutahan siang dan malam, Dalam tidur menjadi mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaHendak makan tidak berikan, Ikan lumba makan juga; Hendak berkayuh tiada bersampan, Hati rindu kutahan juga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menuba kami menuba, Ikan lumba melompat perahu; Disuruh cuba kami mencuba, Orang tak hendak kami tak tahu.
12

Kembali ke atas