Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di pantai; beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan ke­susahan yg kecil dapat kesusahan yg besar; berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu; perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.pur] | لومڤور

Definisi : tanah lembut dan berair; selut. berlumpur penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpur (kata nama)
Bersinonim dengan selut, kukup, lanyau, lanau, lahar, lolok, luluk, lunau.,

Puisi
 

Paya Balais di tanah lumpur,
     Tempat orang bertanam padi;
Rasa di hati luluh hancur,
     Belum berjumpa belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Seekor kerbau membawa lumpur,
     habis mercik merata-rata.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang.
Kurik Kundi Merah SagaPaya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaTanam pinang tanam kelapa, Tanam selasih lumpur liat; Bercerai tunangan tidak mengapa, Bercerai kasih jangan dibuat.
Kurik Kundi Merah SagaSurabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur.
Kurik Kundi Merah SagaSurabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur.
Kurik Kundi Merah SagaDaun pandan panjang sedepa, Dibawa orang meredah lumpur; Siang dan malam saya tak lupa, Lupalah lupa di dalam tidur.
Kurik Kundi Merah SagaKain dibeli lalu diikat, Beli di bandar Kuala Lumpur; Inilah juga tanda muafakat, Saya membawa sirih sekapur.
Kurik Kundi Merah SagaTiup angin selatan daya, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Kasih orang apanya daya, Nak lupa tak lupa masanya tidur.
Kurik Kundi Merah SagaSayang tekukur digulai lemak, Rempah-rempah dari Jawa; Biar lumpur jalan semak, Rebah-rimpah kumari juga.
Kurik Kundi Merah SagaSayang tekukur digulai lemak, Sayang selasih saya lurutkan; Biar lumpur jalan pun semak, Kerana kasih saya turutkan.
12

Kembali ke atas