Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mut] | لوموت

Definisi : sj tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap (di batu, batang kayu basah, dll); ~ ekor kuning (kucing) sj tumbuhan (herba), Utricularia flexuosa; ~ hati lumut drpd kelas Hepaticae yg tumbuh di kawasan lembap; ~ karang bunga karang, sepan; akar ~, a) sj tumbuhan (pokok), pulai, Alstonia angusti­folia; b) sj tumbuhan (pokok renek), akar cabang lima, akar meruan, lilimbo, Spheno­desma barbata; rumput ~ sj tumbuhan (rumpair), Blyxa malayana; berlumut, berlumutan ditumbuhi lumut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mut] | لوموت

Definisi : tumbuh-tumbuhan kecil yg tumbuh di tempat yg lembap atau berair. berlumut ditumbuhi lumut: Bilik airnya ~ kerana tidak pernah dicuci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lumut

Puisi
 

Anak sindorai siamang,
     Digatuk pinang Pasir Lumut;
Adik jangan tergamang,
     Hamba biasa susah hidup.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut.

Bermaksud :

Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik anak angsa, Anak menyusur lumut di batu; Jangan ditilik orang berbangsa, Tilik akan dagang piatu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sindorai siamang, Digatuk pinang Pasir Lumut; Adik jangan tergamang, Hamba biasa susah hidup.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di Kuala Bentan, Umpama dilumur dengan lumut; Menggunting dalam lipatan, Itulah musuh dalam selimut.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang pergi ke pasar, Belikan saya ketam lumut; Kalau abang pergi belayar, Tinggalkan saya kain selimut.
Kurik Kundi Merah SagaTanam nyiur pinang tak tumbuh, Tanam sepokok dikaut lumut; Tidur malam lena tak sungguh, Kerana mimpi bertukar selimut.

Kembali ke atas