Kurik Kundi Merah Saga | Sudah beremas beremas pula, Emas sekupang dalam cerana; Sudah bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Maaf saja kena ke baju, Rasa dapat mencuci kain; Maaf saja kerana malu, Rasa tak dapat duduk bermain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sipitang Kuala Tuhur, Banyak perahu di tepi pantai; Minta maaf kata terlanjur, Asalkan hajat kita sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang emas balik rumah, Daun keladi dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Esok pagi saya nak balik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak Sarawak sempit, Di situ juga jalan kuda; Maaf saya suaraku sakit, Ke situ juga melihat harta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Amat bawah rumah, Daun selasih dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Kami mula hendak balik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok pisang beranak banyak, Ikan toman dibelah dua; Minta maaf banyaklah banyak, Habislah teman kita berdua. |