Kurik Kundi Merah Saga | Macam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Macam mana mengail udang, Lepas dienjut diseret pula; Macam mana bermain bujang, Lepas tersenyum tertawa pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Macam mana tamban nak loncat, Tamban baru dua jari; Macam mana demam nak pucat, Demam baru dua hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Macam mana nak kutip siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Macam mana mata nak tidur, Daun pauh jatuh melayang; Macam mana mata nak tidur, Dari jauh nampak bebayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Macam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Macam mana padi tak hampa, Limau manis condong ke hulu; Macam mana hati tak gila, Hitam manis jalan dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bawakan minyak ke tengah laut, Macam mana tupai nak kerik; Kalau lebat bunga tengah rambut, Macam mana hamba nak ambik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kerbau Jani molek sungguh, Pergi tenggala tanah raja; Malam ini molek sungguh, Macam malam anak raja-raja. |