Kurik Kundi Merah Saga | Macang nanas lela teruna, Gajah berjuang di Kampung Melayu; Duduk menangis mengenang bunga, Bunga yang kembang habis layu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah macang setangkai lebat, Jatuh mari ke dalam padi; Kalau putus tali penambat, Dia pulang tak balik lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah macang setangkai lebat, Belum dimakan manis dahulu; Budak ini menghantar surat, Belum dibaca menangis dulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah macang serangkul lebat, Pakcik Saleh berniaga kain; Tiga dipancang dua tak lekat, Baik saya beralih lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah macang buah kuini, Masak sebiji dalam daun; Mengapa begini hatiku ini, Habis bulan berganti tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincang-cincang kerabu macang, Salah tercincang ke jari manis; Petang-petang surat tuan datang, Belum dibaca tunduk menangis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari sana hendak ke sini, Sampai ke sini melipat kain; Telah masak macang kuini, Kulit sama rasanya lain. |