Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
madu (kata nama)
Bersinonim dengan manisan lebah, manisan, nira, sari, nektar, misan.,

Puisi
 

Sayang ke laut memedil burung,
     Madu kelapa di dalam puan;
Tujuh laut sembilan gunung,
     Saya tak lupa denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Laut madu berpantaikan sakar (= gula).

Bermaksud :

Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang hutan berduri, Madu kelapa dalam tempayan; Lagi tak hilang Bukit Puteri, Saya tak lupa kasihkan tuan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang ke laut memedil burung, Madu kelapa di dalam puan; Tujuh laut sembilan gunung, Saya tak lupa denganmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut pinang dari hulu, Pinang berisi madu lebah; Bila terkenang zaman dahulu, Rindu sekarang menggigit lidah.
Kurik Kundi Merah SagaBunga baju disangka tali, Malam tadi menyindir puan; Madu disangka manis sekali, Kalaulah manis terlajakmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu dari Makasar, Halusnya tiada dapat ditenun; Laut madu sungai bersakar, Dahaganya tiada dapat diminum.
Kurik Kundi Merah SagaDaun mengkudu buah kandis, Buah datang dari Daik; Makan madu rasanya manis, Hidup bermadu rasanya pahit.
Kurik Kundi Merah SagaBuah tebu disangka kandis, Terlebih kandis di dalam puan; Gula madu disangka manis, Lebih manis wajahmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah labu si buah labu, Banyak tumbuh di dalambatang; Mulut manis seperti madu, Tidaklah tahu lidah bercabang.
Kurik Kundi Merah SagaJatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu.

Kembali ke atas