Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Tetagun Pulau Jerjak, Singgah semalam Padang Mat Sirat; Tubuh tembun badan pun segak, Mahu orang tak terpikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa? |
Kurik Kundi Merah Saga | Tajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda. |