Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka] | مک

Definisi : 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja; apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu, ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~nya dgn sebab itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka] | مک

Definisi : 1 (kata utk memulakan sesuatu ayat yg bermaksud) setelah itu; lalu; dan: ~ pergilah mereka ke rumah orang tua itu. 2 kerana itu; oleh sebab itu: Kerana terlalu letih, ~ pergilah ia berehat di tebing sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maka (kata tugas)
1. Bersinonim dengan lalu: sesudah itu, selepas itu, justeru itu, kemudian,

2. Bersinonim dengan bahawa: yang.


Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(90)

33

Death before dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDen jajar maka den kisai, Esok tidak ke ladang lagi; Diajar badan merasai, Esok tidak tergamang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.
Kurik Kundi Merah SagaBerempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai.
Kurik Kundi Merah SagaBeras padi dalam guni, Padi tidak rimbun lagi; Maka dikarang warkah ini, Hati nan tidak bertahan lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTinggilah bukit Sungai Papan, Nampak nan dari jalan gedang; Maka tersebut akan berjalan, Malukan sahabat sama gedang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail ikan sepat, Dapat seekor ikan cencaru; Sudahkah habis tenung makrifat, Maka tuan bercakap begitu.
Kurik Kundi Merah SagaHai memukatlah orang tatang gosong, Tanai si Jakek mato Aji; Untunglah omak nan menolong, Maka terjejak tanah sepi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak undan terketik-ketik, Dikejar ayam patah kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam maka menjadi.
Kuntum Pertiwi Buku 3Nangka dikata cempedak, Cempedak di dalam kuali, Masak beri berkuad; Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali, Mengapa maka dimarah.

Kembali ke atas