Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terlalu sangat berdukacita atau menderita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak rusa mandi di paya,
     Lepas mandi makannya rumput;
Tiada orang semacamnya saya,
     Makan hati berulam perut.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah bacang buah kuini, Dibawa orang dari tanjung; Bukannya mudah memegang janji, Makan hati berulam jantung.
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa mandi di paya, Lepas mandi makannya rumput; Tiada orang semacamnya saya, Makan hati berulam perut.
Kurik Kundi Merah SagaJangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati.
Kurik Kundi Merah SagaHati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaMakan sirih cabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Jangan dipilih rupa tak baik, Sahaja hati tidak berkenan.
Kurik Kundi Merah SagaMakan sirih bercabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Bukannya pilih cantik molek, Tetapi di hati sudah berkenan.
Kurik Kundi Merah SagaDaun palas makan di api, Asap sampai ke Seberang Raja; Rawan belas di dalam hati, Di hati kami haram tak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati terbang dua, Hinggap di pangkin perlahan-lahan; Niat hati nak makan buah, Nak nanti musim bilakah tahan?
Kurik Kundi Merah SagaApa timbul dalam puri, Halwa ridan bersama cempedak; Apa masyghul di dalam hati, Pagi makan petang tidak.
Kurik Kundi Merah SagaHendak makan tidak berikan, Ikan lumba makan juga; Hendak berkayuh tiada bersampan, Hati rindu kutahan juga.
1234

Kembali ke atas