Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hidup dgn tidak membuat apa-apa kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisang kelat masak inti,
     Jatuh ke tanah makan semut;
Tidur sekejap masuk mimpi,
     Mimpi bertukar kain selimut.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Air diminum terasa duri,
     nasi dimakan terasa sekam.

Bermaksud :

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung dari utara, Dikarang bersama bunga kenanga; Bagaimana hati tak gila, Makan tidur rasa tak lena.
Kurik Kundi Merah SagaPisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut.
Kurik Kundi Merah SagaMakan durian Ulu Kemaman, Bunga kerindu sangkut di dahan; Makan tak sedap tidur tak nyaman, Hatiku rindu manakan tahan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak pelanduk tiga sekawan, Singgah makan buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur.
Kurik Kundi Merah SagaRedup-redup palu rebana, Raja berangkat ke Johor Lama; Makan tak sedap tidur tak lena, Ingatkan abang duduk di mana.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina menjual kesuma, Mari dijual di Pekan Rabu; Makan tak lalu tidur tak lena, Teringat tuan saban waktu.
Kurik Kundi Merah SagaCik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina; Semakin kupandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang pergi Kelantan, Kirim saya setangkai bunga; Kalau abang rindu tak makan, Saya di sini tidur tak lena.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang pergi Kelantan, Kirim saya setangkai bunga; Kalau abang rindu tak makan, Saya di sini tidur tak lena.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati terbang sekawan, Singgah hinggap di pohon sena; Hati kita sudah tertawan, Makan tak lalu tidur tak lena.
12

Kembali ke atas