Kurik Kundi Merah Saga | Makan tidak bertambahlah tidak, Makanlah sama di dalam peti; Bertemu tidak berpandang pun tidak, Rasa kiamat di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam denak ayam dani, Ayam cempa makanlah padi; Kalau tiada abang di sini, Kamilah rindu sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar di Sungai Rambai, Tiangnya sampai delapan puluh; Makanlah dulu sirih cabai, Sirih ditanam belum tumbuh. |