Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.kin] | ماکين

Definisi : 1. = semakin menjadi lebih, kian ber­tambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.kin] | ماکين

Definisi : = semakin (terus) bertambah; kian: Perniagaannya ~ maju. Hatinya ~ panas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makin (kata tugas)
Bersinonim dengan semakin, kian, bertambah, menjadi lebih.,

Puisi
 

Kinabalu gunung mengawan,
     Makin direnung makin terharu;
Kalau rindu pandangkan bulan,
     Pesan kirim di angin lalu.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Ilmu padi,
     makin berisi makin runduk.

Bermaksud :

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Peribahasa lain yang sama makna: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBatu kinyang jauh ke darat, Jalan kereta setengah hari; Makin dikenang makin melarat, Makin dicinta tambah berai.
Kurik Kundi Merah SagaKinabalu gunung mengawan, Makin direnung makin terharu; Kalau rindu pandangkan bulan, Pesan kirim di angin lalu.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam.
Kurik Kundi Merah SagaCukup wangi bunga kesidang, Makin pagi makin berbau; Berapa tinggi Gunung Ledang, Sudah daki baru tahu.
Kurik Kundi Merah SagaPukul gendang hari Khamis, Bunga Melati dalam raga; Makin dipandang makin manis, Dalam hati menyala cinta.
Kurik Kundi Merah SagaCincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Semabuk pergi ke Kelang, Berniaga buah serba rasa; Makin mabuk makin meradang, Salah runding jadi kecewa.
Kurik Kundi Merah SagaKerak hijau di cabang pauh, Turun merentas di tangkai padi; Makin ditinjau makin jauh, Berasa nak rentas si tangkai hati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang sasau buat kerja, Hisap rokok asap berkepul; Kalau pisau kurang baja, Makin diasah makin tumpul.
Kurik Kundi Merah SagaApa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi.
123

Kembali ke atas