Kurik Kundi Merah Saga | Tanam serbat di pintu balai, Mari ditunggu bilang malam; Apa makrifat tuan pakai, Mimpikan tuan bilang malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Ahad, Malam besok malam Isnin; Inilah jalan-jalan makrifat, Tuntutlah ilmu sampai berkenan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun empat, Satu mati tinggal tiga; Minta tulis dalam makrifat, Minta masuk dalam syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail ikan sepat, Dapat seekor ikan cencaru; Sudahkah habis tenung makrifat, Maka tuan bercakap begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon sena cabangnya empat, Mari terbang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal terbang berkipas empat, Putuslah terlepas tali kemudi; Habis kutilik dalam makrifat, Di mana tinggalnya si jantung hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Pahat Simpang Empat, Satu simpang ke Tanjung Melaka; Sudah kutilik dalam makrifat, Tuan seorang menjadi puja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun lima, Satu mati tinggal empat; Minta mati dalam agama, Biarlah tulis jalan makrifat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat. |