Kurik Kundi Merah Saga | Tetak palas rumpun palas, Mari dimakan atas bendul; Duduk malas berdiri malas, Kerana khidmat diri terkabul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kami malas berhuma panjang, Turun permatang naik permatang; Kami malas hidup bujang, Sirih datang pinang pun datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas menyipat bemban, Bemban sebatang sebutir nyiru; Saya malas menaruh dendam, Dendam sebulan setahun rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas jalan ke tanjung, Semak sangat bertabur pulut; Saya malas makan kalung, Semak sangat rasanya mulut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas berhuma di cerang, Naik batang turun batang; Saya malas duduk bujang, Sirih datang pinang datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kami malas menyabung kacung, Kacung ada di atas pagar; Kami malas menyambung pantun, Pantun kami baru belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya malas menyukat bambu, Kerana bambu sebatang nyiru; Kami tak cakap dendam memadu, Dendam sebulan setahun rindu. |