Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lu.ma.lu] | مالو٢

Definisi : sj tum­buhan (pokok renek kecil, yg apabila tersen­tuh daunnya terkuncup), Mimosa pudica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lu.ma.lu] | مالو٢

Definisi : nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu ber­hadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
malu (adjektif)
Bersinonim dengan segan, aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang;,
Kata Terbitan : malu-malu, memalukan, termalu-malu, kemaluan, pemalu,

Puisi
 

Begini baju begitu baju,
     Air dipotong sayup sekali;
Begini malu begitu malu,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Malu berani,
     mati takut.

Bermaksud :

Pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(62)

31

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLipat kain lipat baju, Cik Esah mengetam padi; Hutang malu bayar malu, Jangan susah dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaBegini baju begitu baju, Air dipotong sayup sekali; Begini malu begitu malu, Baik dilangsung sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaIkat-ikat daun mengkudu, Hilang Melayu bergalang dada; Duduk dekat rasa malu, Hilang malu kerana muda.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menumbuk alunya tiga, Patah satu alu suasa; Adik tunduk malu ke siapa? Malu ke abang dah kenal biasa.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk putat layu, Pucuk pauh kembang; Duduk dekat malu, Duduk jauh bimbang.
Kurik Kundi Merah SagaBahulu dalam pinggan, Tiga hidangan roti raji; Jangan malu jangan segan, Kita sudah suami isteri.
Kurik Kundi Merah SagaBaju saya lupa dijahit, Daun birah selebar talam; Malu saya bukan sedikit, Sudah pecah serata alam.
Kurik Kundi Merah SagaTang-tang buku, Kerakap daun puding; Pak Itam tak malu, Ditampar dek kucing.
Kurik Kundi Merah SagaKe laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak.
Kurik Kundi Merah SagaMemburu rusa di tepi bukit, Rusa diburu sepanjang hari; Malu bukan satu penyakit, Ubatnya tentu payah nak cari.
1234567

Kembali ke atas