Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manakah

Puisi
 

Kelip-kelip katakan api,
     Kalau api di manakah dapur;
Kelih Kak Nit rasa nak mati,
     Kalaulah mati di manakah kubur?


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLumur minyak di kepala botak, Lagi baik minyak bijan; Manakah gading yang tidak retak, Di manakah bumi tak timpa hujan.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip katakan api, Kalau api di manakah dapur; Kelih Kak Nit rasa nak mati, Kalaulah mati di manakah kubur?
Kurik Kundi Merah SagaAnak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaHarap-harap makan dijerat, Ubi dimakan kerbau jantung; Harap saya terlampau berat, Di manakah tempat hamba bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaDari Beaufort pergi Jesselton, Tempat injin berlari-lari; Jika terluput permata intan, Di manakah tempat kami mencari?
Kurik Kundi Merah SagaApa guna mengayuh biduk, Patah pengayuh ganti kemudi; Adikku dara sudah merajuk, Ke manakah tuan membawa diri?
Kurik Kundi Merah SagaTahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berarak di pintu kota, Hendak menyembah Raja Melaka; Adik bercinta abang bercinta, Sampai ke manakah cinta kita?

Kembali ke atas