Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = manakan, manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu me-melihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manalah

Puisi
 

Jika dipecut kuda berlari,
     Manalah kumbang beranak tiga;
Jika diturut hatiku ini,
     Akhirlah padang menjadi gua.


Lihat selanjutnya...(16)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaManalah bulan manalah bintang, Manalah tempat matahari mati; Ke mana hilang ke mana sayang, Mana tempat tuan pergi.
Kurik Kundi Merah SagaJika dipecut kuda berlari, Manalah kumbang beranak tiga; Jika diturut hatiku ini, Akhirlah padang menjadi gua.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tikus matilah berenang, Mati berenang dalam perahu; Manalah orang juak dikenang, Orang dikenang tiada tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang limpah ke pasar, Tanam pinang kelapa mati; Di manalah tuan belajar, Pandai mencari isyarat hati.
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk dalam besen, Buat membungkus kulit belulang; Saya buruk lagi miskin, Manalah hendak dipeduli orang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih biji dilurut, Pisang embun masak ditutuh; Hilang kasih tempat berpaut, Manalah rimbun tumpang berteduh.
Kurik Kundi Merah SagaKalaulah bukan kerana bulan, Masakan bintang terbit pagi; Kalau bukan kerana tuan, Manalah saya jadi begini.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina dari seberang, Rama-rama di pohon turi; Saya datang ke kampung orang, Manalah sama kampung sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ubi hendak dijual, Jual sekali pegaga di sawah; Berdetak di hati terbit kesal, Manalah terduga akannya padah.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi.
12

Kembali ke atas