Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia man-gostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan isinya putih lagi manis rasanya), Garcinia mangostana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manggis

Puisi
 

Buah manggis dimakan budak,
     Sayang mempelam buah di hulu;
Jumpa manis makan tak jelak,
     Jumpa yang masam terasa ngilu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Masak durian,
     masak manggis.

Bermaksud :

Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang menjolok manggis, Manggis jatuh pecah empat; Petang-petang tunduk menangis, Macam burung mencari tempat.
Kurik Kundi Merah SagaBuah manggis dimakan budak, Sayang mempelam buah di hulu; Jumpa manis makan tak jelak, Jumpa yang masam terasa ngilu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah manggis pokoknya rendang, Panjat mari pakai tangga; Mulut manis hati bimbang, Takut tak sampai bagai diduga.
Kurik Kundi Merah SagaJadikan dengan air manggis, Buah delima di dalam puan; Mintalah nisan di jari manis, Mintalah mati bersama tuan.
Kurik Kundi Merah SagaMusim durian rambutan masak, Manggis saja membawa diri; Cincin berlian permata rosak, Dipakai anak Raja Baiduri.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh hitam si putik manggis, Sirih kuning dalam tepak; Sungguh hitam dipandang manis, Putih kuning pengubat edah.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh hitam si putik manggis, Sirih kuning dalam tepak; Sungguh hitam dipandang manis, Putih kuning pengubat edah.
Kurik Kundi Merah SagaHitam-hitam si tampuk manggis, Sayang kemuning gugur bunganya; Sungguh hitam dipandang manis,hitam manis/pandang Putih kuning apa gunanya.
Kurik Kundi Merah SagaHitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaHitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya.
12

Kembali ke atas