Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni/] | مانيق

Definisi : 1. butir-butir kecil drpd kaca atau karang dll yg berlubang (dan boleh dicucuk utk dijadikan kalung, perhiasan, dll); 2. butir­butir kecil yg berwarna-warni, digunakan sbg hiasan pd biskut, kek, dll: setelah sejuk sapu-kan coklat cair dan taburkan ~ di atas kek; bagai ~ putus pengarang (tali) prb perihal air mata yg bercucuran; bermanik-manik 1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutir-butir spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni/] | مانيق

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), Aglaia spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni/] | مانيق

Definisi : butir kaca dll yg berlubang dan dicucuk banyak-banyak utk dijadikan kalung dll. bermanik-manik berbutir-butir spt manik (bkn peluh, embun dll): Dlm panas matahari itu, kelihatan peluhnya ~ di dahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manik (kata nama)
Bersinonim dengan manas, merjan.,

Puisi
 

Katang-katang berisi manik,
     Manik berisi campur padi;
Saya datang hendaklah naik,
     Mana tempat membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana mencucuk manik, Manik dicucuk di pagi hari; Abang adik silalah naik, Itu air membasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaKatang-katang berisi manik, Manik berisi campur padi; Saya datang hendaklah naik, Mana tempat membasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaKanang-kanang berisi manik, Manik bersunting si bunga padi; Tuan datang silakan naik, Sedia air pembasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaKapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki.

Kembali ke atas