Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,

Puisi
 

Anak India membawa madat,
     Dari Kedah langsung ke Bali;
Hidup manusia biar beradat,
     Bahasa tidak berjual-beli.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pulai berpangkat naik,
     manusia berpangkat turun.

Bermaksud :

Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(51)

356

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia merancang, tuhan menentukan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

"Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(85)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHujan turun bercurah-curah, Ramai manusia lari berlindung; Hidup saya sebatang karah, Dalam hujan mencari untung.
Kurik Kundi Merah SagaAnak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli.
Kurik Kundi Merah SagaTepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka.
Kurik Kundi Merah SagaTebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama.
Kurik Kundi Merah SagaBatang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berbendang kita berbendang, Tapi tak boleh bekerja awal; Kerbau sekandang boleh dikandang, Manusia seorang tiada terkawal.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jeladan singgah di huma, Anak balam turun ke paya; Budi laksana sinar purnama, Manusia alam menumpang cahaya.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi naik ke darat, Kerana hendak membasuh kain; Buruk besi kerana karat, Hina manusia kerana miskin.
12

Kembali ke atas