| Kurik Kundi Merah Saga | Tuk Merah ke tepi paya, Jangan ceku buat pepedak; Mengapa abang marahkan saya, Sekali tegur sekali tidak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kelap-kelip kunang-kunang di rimba, Tempat di pohon gedung; Silap sedikit marahkan hamba, Di manalah tempat diri berlindung. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Gelugu pakai papan, Buah pauh di atas para; Nak tegur mukanya masam, Dia sudah marahkan saya. |