Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mari (kata tugas)
Bersinonim dengan moh, ayuh, jum, yuk, mai, sini, silakan.,

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(516)
Peribahasa

Kundur tidak melata pergi,
     labu tidak melata mari.

Bermaksud :

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMakan pinang ke mari-mari, Kurang kapur tambah cendana; Apa hajat tuan ke mari, Kami juga ingin bertanya.
Kurik Kundi Merah SagaTimur mari selatan mari, Jangan sahaja Barat Laut; Tidur mari sebantal mari, Kencang pinggang tetap dipaut.
Kurik Kundi Merah SagaMari sayang mari padiku, Beras direndam setengah cawan; Aduhai dayang buah hatiku, Rasa dendam setengah malam.
Kurik Kundi Merah SagaTimur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut.
Kurik Kundi Merah SagaSayang kelekah mari berkabung, Mari bertimbal Muara Srikei; Jangan diharap nangka bersarung, Di dalam sarung ditebuk tupai.
Kurik Kundi Merah SagaItik-itik apa tak mandi, Kalau mandi kepak tak basah; Cik abang apa tak mari, Kalau mari saya tak marah.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang tanam mengkuang, Nanti berduri tak akan berduri; Petang-petang duk tengok abang, Nanti mari tidak mari.
Kurik Kundi Merah SagaMari bertolak darilah Punggul, Mari menuju di muara kami; Hati di mana tidaklah sugul, Melihat seorang anaklah kami.
Kurik Kundi Merah SagaHinggap mari di hujung ciku, Mari hinggap di ranting tua; Hendak mati di hujung kuku, Satu kubur kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaBergesek rebab bertali dua, Mari gesek bertali kain; Mari adik bersahabat dua, Bersahabat saya nanti pergi ke lain.
12345678910...

Kembali ke atas