Kurik Kundi Merah Saga | Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mandi marilah mandi, Satu sumur kita berdua; Hendak mati marilah mati, Satu kubur kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalaulah sudah pergi ke paya, Marilah kita pergi ke hulu; Kalau sudah seia sekata, Marilah kita berjumpa ibu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung ranting; Siapa bilang kamek tak sembahyang, Di dalam tidur membawa sembahyang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak merpati terbang sekawan, Marilah hinggap di balairung seri; Buahnya letik jangan nan rawan, Pun damik dalam negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung cabang; Siapa bilang abang tak sayang, Di dalam hati terbayang-bayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di pohon jati; Sayang-sayang kasihku sayang, Kami bermohon sekeping hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik si itik Tawi, Marilah mandi di dalam pedena; Kalaulah adik Sitalah Dewi, Abanglah semacam Serilah Rama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang terbang melayang, Singgah hinggap di pohon jati; Marilah wahai kekasih sayang, Kekasih kupuja segenap hati. |