Kurik Kundi Merah Saga | Buah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang muda masak pengat, Masak mari bulan puasa; Tuan muda baik beringat, Antara dendam rosak binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Batak pulang ke Batak, Sampai ke Batak menggulai babi; Nasi masak gulai pun masak, Imam sampai nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi hari ayam berkokok, Hendak pergi ke Padang Semu; Saya hendak masak di pokok, Masak rendah saya tak mahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak nasi bergulai belum, Nanti udang dari kuala; Sarat muatan belayar belum, Nanti turun angin utara. |