| Kurik Kundi Merah Saga | Pisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah rambutan masaknya ranum, Hendak ditaruh bulan puasa; Abang lalu adik tersenyum, Hendak bertanya belum biasa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Limau manis merah masaknya, Terlindung pula di balik dahan; Sungguh manis nampak wajahnya, Tak nampak sehari rasa sebulan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga; Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Menjadi pokok menjadi daun, Makan di talam masaknya nasi; Begini rasanya cerai setahun, Cerai semalam rasanya mati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah terap di atas peti, Buah redan masaknya merah; Kalau sudah harap di hati, Merana badan sahaja ditempah. |