Kurik Kundi Merah Saga | Lantak dua berlantak tiga, Masih juga gelang di kaki; Beranak dua beranak tiga, Masih juga dendam di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna main berigot, Pandan muda masih berbunga; Apa guna tuan berebut, Badan muda masih berguna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal Acheh terlenang-lenang, Sarat bermuat barang dagang; Masih berdendam kasih sayang, Jangan dicampur dengan kenangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang ada bercampur Cina, Batang sena batang padi; Siapa yang ada masih bercinta, Fikir apa di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berzikir bawa tawakal, Jawablah dengan Allah ya Rabbi; Habis berfikir dengan akal, Tuan juga masih di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari padi; Bulan mana tahun mana, Kasih kupeluk masih di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Balasatudin berasal nama, Yang bernama si Simpanglah Tiga; Orang lain bukan tak ada, Abang seorang masih di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pulang ke China, Hendak ke China memakan babi; Tuan punya saya pun punya, Sekeras-keras masih di hati. |