Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mat] | مت

Definisi : ; ~ gian bp penagih dadah; ~ jenin orang yg suka berangan-angan; ~ salih sebutan utk orang Eropah (terutama orang Inggeris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mat] | مت

Definisi : kata yg menyatakan raja mati atau tidak dapat bergerak lagi (dlm permainan catur); mengemat mematikan atau mengepung raja hingga tidak bergerak lagi (dlm permainan catur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mat] | مت

Definisi : (dlm permainan catur) kata yg menyatakan bahawa raja mati atau tidak dpt bergerak lagi. mengemat mengepung raja sehingga tidak dpt bergerak lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mat

Puisi
 

Cik Mat anak Palembang,
     Buat ladang tanam padi;
Kalau dah tahu rimau garang,
     Baik duduk tempat yang tinggi.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEncik Mat memikat tekukur, Pikat mari Tanjung Jati; Lautan besar pulau bertabur, Siapa tengok bersayu hati sayu
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat anak Palembang, Buat ladang tanam padi; Kalau dah tahu rimau garang, Baik duduk tempat yang tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Mat jalan berlenggang, Satu dua ranting tak patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat jalan melenggang, Dua tiga ranting patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat anak Wak Satong, Pandai melirik di kaki dulang; Lautan dalam boleh diharung, Inikan pula di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Cik Mat anak seorang, Pandai menarik kaki dulang; Lautan besar saya harung, Ini pula kekasih orang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di Alor Mat Pulih, Habis raga dimakan api; Sana duk harap sini tak boleh, Buang tangga berayun kaki.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Kolok orang Temiang, Encik Mat Tahir pengasuhnya; Ambil golok buat menyiang, Ambil air pembasuhnya.
12

Kembali ke atas