Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ gian bp penagih dadah; ~ jenin orang yg suka berangan-angan; ~ salih sebutan utk orang Eropah (terutama orang Inggeris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mat I

Puisi
 

Cik Mat anak Palembang,
     Buat ladang tanam padi;
Kalau dah tahu rimau garang,
     Baik duduk tempat yang tinggi.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEncik Mat memikat tekukur, Pikat mari Tanjung Jati; Lautan besar pulau bertabur, Siapa tengok bersayu hati sayu
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat anak Palembang, Buat ladang tanam padi; Kalau dah tahu rimau garang, Baik duduk tempat yang tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Mat jalan berlenggang, Satu dua ranting tak patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat jalan melenggang, Dua tiga ranting patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat anak Wak Satong, Pandai melirik di kaki dulang; Lautan dalam boleh diharung, Inikan pula di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Cik Mat anak seorang, Pandai menarik kaki dulang; Lautan besar saya harung, Ini pula kekasih orang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di Alor Mat Pulih, Habis raga dimakan api; Sana duk harap sini tak boleh, Buang tangga berayun kaki.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Kolok orang Temiang, Encik Mat Tahir pengasuhnya; Ambil golok buat menyiang, Ambil air pembasuhnya.
12

Kembali ke atas