Kurik Kundi Merah Saga | Dari Jejawi ke Kubang Gajah, Jangan simpang ke Mata Air; Mungkir janji bukan mudah, Bagai pemotong belum dibayar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali ke Pulau Pinang, Air laut pasang tenangan; Dua kali abang terkenang, Air mata jatuh berlinangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang mudik ke hulu, Sayang bertambur di atas getah; Bila terkenang zaman dahulu, Rasa berhambur si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik nangka jangan dipindang, Kalau dipindang menjadi punai; Air mata jangan diladung, Kalau diladung menganak sungai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik anak angsa, Atas tepung atas peti; Bertitis air mata, Orang kampung habis benci. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan. |