| Kurik Kundi Merah Saga | Putik pauh tangkainya mangga, Disambar buaya sambil berenang; Sudah jauh dipandang mata, Hati mana dapat tak senang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna pasang pelita, Kalau tidak dengan sumbunya; Apa guna berpandang mata, Hati tidak dengan sungguhnya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sehari bulan rajanya harimau, Harimau tidur di rimba jati; Semakin hati bertambah igau, Tuan seorang di mata hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sehari bulan rajanya harimau, Harimau tidur di rimba jati; Semakin hati bertambah igau, Tuan seorang di mata hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dang ding dang cabai Melaka, Kulit kaki tumpang tenggiri; Sakit hati berpandang mata, Sekadar menyakit hati sendiri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Lubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tidaklah dapat kuikat-ikat, Kuikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak yu karang-karang, Mari karang kepala titi; Sudah berjumpa lawan yang garang, Bertentang mata bergoncang hati. |