Sekalung Budi Seuntai Bahasa | Anak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung camar burung di laut, Camar seekor beliak mata; Jangan digemar ikan di laut, Ramai orang balik saja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dada; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail laut Melaka, Dapat seekor ikan tenggiri; Janganlah suka bermain mata, Buat menyakit hati sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Melayu sayang Melayu, Mata melihat hatiku sayu; Murah harganya sangat terlalu, Seperti ikan pari dan yu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tariklah papan berlaga-laga, Anak ikan menari ke hulu; Minta mandi si air mata, Minta dikapan kain dan baju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata. |